10/31/2008

WANITA YANG SERING DIANGGAP LEMAH

Ujar lelaki, wanita itu lemah...
Ujar wanita, mereka adalah lembut...
Antara lemah dan lembut, besar perbezaannya…
Namun ada yang tidak rela mengakuinya…

Telah ditakdirkan,
Kerana lembutnya wanita, tidak gemar perbalahan,
tidak gemar bertengkar dan tidak gemar membebel...
Kecuali jika terpaksa…

Lalu wanita pun diam, diam kerana makan hati...
Diam kerana kelemahan lelaki yang bergelar suami, diam seolah-olah menerima...
Dalam diam, wanita gigih melaksanakan kewajipan…
Dalam diam, wanita terus-terusan bekerja di pejabat sebagai kerani,
di rumah sebagai suri…
Dalam diam, menyediakan makanan...
Dalam diam, melayan suami…
Dalam diam, melakukan semua kerja sehingga selesai…
Dari sebelum tercalit garis putih di subuh hari,
hingga jarum jam tegak bertindih jari…

Lelaki yang mengaku kuat,
Celik mata sarapan sudah terhidang…
Apabila pulang dari pejabat, dikerusi malas longlai terlentang,
Isteri dikatakan lemah, bergelut didapur memasak…
Suami yang mengaku gagah, bersantai di hadapan TV tidak bergerak…
Selesai memasak, wanita menguruskan anak-anak,
Menyapu sampah, mengemas rumah yang berselerak,
Lelaki keletihan kerana memandu dijalan sesak...
Berehat, menonton TV sambil tergelak…

Dalam diam wanita dianggap lemah, terus berlumba dengan masa…
Memandikan anak, melipat pakaian dan membasuh baju...
Kakitangan semua digerakkan dengan laju, menyiram pohon-pohon bunga
yang mulai layu sebelum solat Maghrib,
untuk sujud menyembah YANG SATU…
Makanan dihidang selepas solat…
Selesai kerja rumah, anak-anak diajar mengaji,
sedang suami tersandar semula seperti tadi…
Sebagai isteri, kesetiaan wanita sentiasa diuji…
Dalam diam semua tugas rumah segera dibereskan…

Lelaki terpelajar celik hati...
Ingin menghapuskan diskriminasi, lantang membela nasib wanita...
Memberi kesedaran supaya segera bangkit, meminta lelaki jangan lagi
memperlakukan wanita mengikut adat tradisi…
Hukum agama telah terpapar…
Tugas suami mengemas rumah, menjaga anak, membasuh pakaian, menyediakan makanan…Jika suami tidak terdaya melakukannya, seorang pembantu wajar disediakan…
Lelaki yang hanyut dalam keasyikan tidak mampu menerima perubahan…
Rela bertahan bagaimana jua, asalkan cara hidup tradisi terus dinikmati…
Dalam diam, wanita yang sering dianggap lemah,
meneruskan hidup dalam segala kekuatan…

LAGU WARISAN

DISINI LAHIRNYA SEBUAH CITA
YANG MURNI, ABADI, SEJATI
DISINI TERSEMAI CITA-CITA
BERCAMBAH MENJADI WARISAN

ANDAI KU TERBUANG TAK DITERIMA
ANDAI AKU DISINGKIRKAN
KEMANA HARUS KU BAWAKAN
KEMANA HARUS KU SEMAIKAN
CINTA INI…

BETAPA DI BUMI INI KU MELANGKAH
KE UTARA, SELATAN, TIMUR DAN BARAT
KU JEJAKI

AKU… BUKANLAH SEORANG PERWIRA
GAGAH MENGHUNUS SENJATA
NAMUN HATI RELA BERJUANG
WALAU DENGAN CARA SENDIRI
DEMI CINTA INI

KU INGIN KOTAKAN SERIBU JANJI
SEPANJANG KEDEWASAAN INI
KU INGIN SAMPAIKAN PESANAN
AKULAH PENYAMBUNG WARISAN